kamu adalah takdir duniaku

Friday, 30 November 2012

Dont judge book by it cover ...





Jangan kita rasa kita sudah cukup baik walaupun kita solat 5 waktu, pakai tudung labuh mencecah lantai, pakai purdah menyelimuti seluruh badan, pakai serban sentiasa mengamalkan perkara2 sunnah dan sebagainya. Selagi kita belum diuji tahap keimanan kita oleh ALLAH, jangan mudah mengaku diri kita alim dan baik. Orang yang sentiasa merasa dirinya berdosa adalah orang yang cukup bertaqwa Namun, jangan pula kita memandang hina dan memandang keji kepada orang yang tidak menutup aurat, orang tidak solat, orang yang tidak puasa dan sebagainya. Boleh jadi mereka ini lebih mulia di sisi ALLAH berbanding kita. Andai ALLAH memilih mereka di antara orang-orang yg beriman. Maka akan berdosa besar andai kita menghina mereka. Sebaiknya sebagai muslim, kita seharusnya mendidik mereka ke jalan ILlLAHI dan bukannya kita memandang keji dan serong terhadap mereka.

No comments:

Post a Comment