"Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga terakhir masuk ke dalam syurga. Iaitu seorang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman : 'Pergilah , lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai di gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya mengatakan : 'Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga sudah penuh .' Allah berfirman : 'Pergilah lalu masuklah ke dalam syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda-atau kamu mendapat seumpama 10 kali ganda dunia.' Dia bertanya : 'Engkau mengejekku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau ialah Raja.'''
Abdullah melanjutkan : ''Aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga tampak gigi-gigi gerahamnya. Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya.'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
p/s : Sesungguhnya aku mengetahui Rasulullah tidak pernah ketawa sehingga terlihat gigi-gigi gerham baginda... begitu juga kita sebagai umat Islam perlu mengikut sunnah baginda. Tetapi alangkah mengalir air mata ini.. membayangkan... betapa ganda indahnya syurga MU ya Allah.. sehingga Nabi ketawa sedemikian..layakkkah AKU ya Allah untuk ke syurga MU? ...
Asslamualaika ya Rasulullah...
No comments:
Post a Comment