kamu adalah takdir duniaku

Saturday, 17 November 2012

Aku kan tetap menantimu ... bakal imamku



Menanti Pasti ...



Ketika ini, air mata tidak terhenti mengalir di pipiku. Belum pernah aku merasa kekecewaan yang sehebat ini. Ya Allah, hebat sungguh dugaanMu kali ini. Bergetar jantungku. Bergegar imanku. Begitu mudah dan senang dia mengatakan dia akan dimiliki dan tenang sekali dia mohon aku mendoakan kebahagiaannya. 


Layaknya kata-katanya itu, kerana dia TIDAK pernah mengenaliku . Ya Allah, mengapa kau bukakan hatiku untuk mencintai dan setia menunggunya walau seribu tahun dan di kala hatinya langsung tidak terbuka sedikit pun untuk aku. Mengapa hatiku dan ingatanku sedikit pun tidak untuk lelaki lain. Ya Allah, hati aku sakit. Hatiku menderita. Peritnya rasa.


Dan dari hari ke hari hatiku kuat mengatakan aku TIDAK layak untuk berada di sisinya .Benar, aku bukan takdir dunianya. Aku adalah hamba pengemis cinta nya di sebalik hijab dunia. Yang hanya leka melihat anugerah pancaindera Tuhan kepadanya. Hanya pertanyaan mengapa berlegar-legar di fikiranku dan hanya menunggu jawapannya dariMU MAHA ESA.


Apabila aku kembali sedar aku masih hambanya yang jahil. Fikiranku teringat sesuatu ,waktu ini aku TIDAK ditemukan dengan mana-mana lelaki kerana Allah S.W.T mahu memelihara aku daripada maksiat . Waktu ini tiada lelaki jatuh hati pada aku kerana aku masih dalam tempoh belajar dan mencapai cita-cita. Paling utama ,Allah S.W.T menyimpan jodoh yang terbaik untuk aku apabila sampai masanya. Dan bila masa itu tiba, aku senyumlah ,ketawalah,menangislah tanda gembira dan bersyukurlah kerana DIA menghadiahi aku dengan lelaki yang soleh dan sempurna. Aku kembali senyum dengan kata-kata itu yang hanya untuk menyedapkan hati yang lara. 


Relaku menunggu mu, seribu tahun lama lagi. Tapi benarkah hidup ku kan selama ini sedia setia. Relaku mengejar mu seribu batu jauh lagi .Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini. Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau ,biarpun payah ku teruskan .Mengubat hati yang rawan bagaikan dinginnya malam yang suram ,begitulah diriku diibaratkan .Siapa memandang tidakkan ku hirau biarpun pedih ku tahankan .Beri daku sinaran semoga hati ku cekal. Akan ku teruskan walau harus ditelan seribu nista di tangan. Ada kah engkau yakin ini cinta .Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya .Tuhan ku inginkan secebis harapan, hanya padaMU ku serahkan. Apakah kan ada ketulusan jiwa yang menilai ku seadanya.Ku pasrah padaMU Tuhan ...





No comments:

Post a Comment