kamu adalah takdir duniaku

Wednesday, 28 March 2012

Dimana kan ku cari ganti...

versi "meremang bulu roma"



versi "menenangkan jiwa gelora"


versi "menangis air mata"


"tidakku mengagungkan sesuatu selain dari MU..
melainkan lumrah manusia ku hadir...
tetapi kali pertama jiwa melayu ku memberontak
mencari ganti"... dengarlah gabungan pasca intonasi-
DIMANA KAN KU CARI GANTI...

Tuesday, 27 March 2012

Rombongan terakhir masuk Syurga...

"Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga terakhir masuk ke dalam syurga. Iaitu seorang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman : 'Pergilah , lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai di gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya mengatakan : 'Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga sudah penuh .' Allah berfirman : 'Pergilah lalu masuklah ke dalam syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda-atau kamu mendapat seumpama 10 kali ganda dunia.' Dia bertanya : 'Engkau mengejekku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau ialah Raja.'''


Abdullah melanjutkan : ''Aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga tampak gigi-gigi gerahamnya. Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya.'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

p/s : Sesungguhnya aku mengetahui Rasulullah tidak pernah ketawa sehingga terlihat gigi-gigi gerham baginda... begitu juga kita sebagai umat Islam perlu mengikut sunnah baginda. Tetapi alangkah mengalir air mata ini.. membayangkan... betapa ganda indahnya syurga MU ya Allah.. sehingga Nabi ketawa sedemikian..layakkkah AKU ya Allah untuk ke syurga MU? ...

Asslamualaika ya Rasulullah...

Monday, 26 March 2012

Jauh



Sepi
jiwaku sepi..
kerna kau tiada di sisi

Sunyi
hatiku sunyi
tanpa kehadiran mu kasih
doa ku...
semoga dirimu
bahagia..

aku yang ini jauh
damba keampunan MU
hilang antara kita
kan terlerai akhirnya
bersama
kasih kita...
dan cinta...

moga...
berbahagia
meniti harimu yang indah
setia ku nanti tiba
saatnya kitakan bersua
doaku...semoga. dirimu sejahtera

jauh kita terpisah
atasi jarak dan masa
dirimu tak pernahku lupa
terus ku nanti setia
saat indah kita bersama

aku yang kini jauh
danmba keampunan darimu
bersama kasih kita...
dan cinta...

~lillahi ta'ala~



Sehingga kini...



Sehingga kini..
Kelu lidahku untuk terucap sesuatu... sesuatu yang mengingatkanku kembali
Sesuatu yang membuatkanku membisu seribu bicara…apabila memikirkannya…
Berhadapan dengannya…melihatnya…dan…. 
Hanya Allah yang Mengetahui segala-galanya…

Susah…
Susah untuk aku menjadi sempurna baginya…aku mengakuinya…
Tapi…
Mengapa seseorang itu istimewa baginya…berkaitan dalam hidupnya
Ya…aku perempuan yang dipandang hina oleh mereka…
Ya…aku perempuan yang menjengkelkan oleh mereka…
Ya…aku memang ….perempuan yang tidak sempurna baginya…

Tapi…
Aku punya perasaan dan cinta…yang memerlukan kasih sayang,,,
belaian seorang lelaki…dan aku tidak pernah merasainya….tidak pernah…
Aku hanya memujuk diri ini untuk bersabar dan terus bersabar…
Juga mendoakan yang terbaik bagi aku dan cinta aku…

Sesaat Cuma…
Aku bercakap dengannya… sudah gembira aku terasa…
Betapa aku boleh merasakan perasaan ini…yang tidak pernah aku rasa sebelum ini
Dan aku menganggap ini adalah hadiah darinya..untuk perempuan seperti aku..
Yang hanya layak untuk lelaki seperi aku juga…
“sesungguhnya lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya”…

Sedetik lebih aku memikirkan tentang takdir hidup ku…
Dan pada saat ini… aku masih berfikir tentang dia…
yang membuatkan aku bingung tentang cinta dan perasaan… 
Adakah perasaan itu kembali ? 

Jika ia benar benar kembali.. Aku memohon untuk melupakan dia…
Ya Allah aku benar benar ingin melupakannya…aamin.
Tetapi…
Jika dia benar untukku ..tetapkanlah hatiku dengan hatinya…

Aku masih tercari cari jalan Nur bagi aku.. jalan Nur yang akan membuatkan aku bahagia…
di dunia dan kekal di akhirat… dan aku ingin berubah..berubah kepada yang bukan sesaat cuma, 
tetapi.. kekal selamanya…

Dan aku ingin pergi jauh .. jauh dari segala-gala yang membuatkan aku merasai semua ini..
 keraguan ini..kebencian ini.. dari bayanganku..
Sehinggalah aku melupakanmu …menghapuskanmu… dari benak hati .

Oh tuhan…
Pautkanlah cinta ku ini untuk hamba yang mencintaiku…
Hamba yang mencintai Mu ya Allah..
Yang mencinta kekasih Mu Muhamad…
Mencintai ku hanya kerana Mu…
Cinta di hati kami…dengan izinMu..
Dan biar cinta itu tumbuh subur di benak hati kami…
Dan cinta kami hanyalah untuk Mu ya Allah..


CINTA adalah satu ibadah yang melengkapi iman seseorang itu. Cinta hanyalah hiasan yang tidak kenal pencintanya. Cinta juga akan berubah menjadi satu tanggungjawab apabila terbinanya sebuah perkhawinan. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri. Tapi bagiku cinta yang paling indah dan bermakna ialah cinta kepada Allah. Sesungguhnya cinta Allah itu kekal abadi dan tetap utuh selama-lamanya.

Wednesday, 29 February 2012

share is care

Sayang, Mari berhijab!


Hijab.
Apa yang dikatakan Hijab?
Hijab bukan sekadar sehelai kain menutup kepala.
Ia juga bukan sekadar sehelai kain menutup anggota badan kita.
Namun ia merupakan pakaian yang menutupi keseluruhan aurat kita. Ia pakaian TAKWA.
Hijab merupakan pakaian yang tidak LONGGAR, KETAT, NIPIS dan BERLEBIH-LEBIHAN.
Hijab menutupi aurat kita dari hujung kaki hingga ke hujung rambut kecuali muka dan tapak tangan.
Apabila kita telah berhijab maka kita telah mematuhi 1 dari sekian banyak nya perintah Allah buat kita.

Jika seorang wanita telah berhijab dia belum tentu seorang yang baik NAMUN seorang yang baik pasti akan berhijab dengan betul.
Jangan kita jadi seperti sesetengah masyarakat yang menggunakan nama ISLAM namun tidak solat dan melakukan pelbagai jenis kemungkaran.
Jika kita berkata "Aku telah berhijab" maka kita perlulah berHIJAB dengan seseungguh-sungguhnya. Bukan sekadar menggunakan perkataan "Aku telah berhijab" namun masih lari dari konsep hijab.
Ya, memang ia tidak mudah. Tapi ia bukan mustahil.
Mau berhijab dan berfesyen? Silakan sayang. . .
Tahukah kita bahawa sebenarnya HIJAB itu merupakan sebuah fesyen namun tidak semua fesyen itu boleh menjadi hijab.
Mari sayang, atur langkah kita satu-persatu. Jangan takut untuk laksanakan perintah Allah. Jika ada manusia mengejimu kerana HIJAB maka ketahuilah Allah akan mengeji mereka kembali kerana perbuatan mereka mengejimu.
Ketahuilah sayang, dirimu sangat cantik jika berhijab :)




remembering kisah ummu sulaimn

♥ love dis quotes 

"Betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan kaedah yang menarik.Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan islam sebagai maharnya."...   ♥ love dis quotes 

Wednesday, 12 October 2011

11 oktober 2011




dats date .. i will remind n rememb,.. 
dat he broken my heart...
he say something dat couldnt say...
i cant accept it.. whrever i can accept fr someone else...
but him.. its make me feel deep heart core...
here i can say |>|>


"Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri,Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah,Bila menangis tdk siapa yg tahu,Semuanya demi maruah diri,Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak,Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan,Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk ALLAH yg sedang diuji oleh-NYA."